LANTAI

5.1 Lantai

5.1 LANTAI

Pembinaan lantai biasanya dibuat berdasarkan salah satu daripada tiga kategori iaitu lantai padu, lantai gantung dan lantai tingkat atas

a)      Lantai Padu

Lantai ini dibina pada aras tanah dengan menggunakan konkrit. Lapisan asas terletak di atas tanah yang telah diratakan dan dimampatkan, diikuti dengan lapisan pasir dan akhirnya dengan lapisan konkrit yang terdiri daripada bancuhan 1:2:4 atau 1:3:6

Permukaan lantai ini dikemaskan dengan lapisan kemasan yang terdiri daripada bahan-bahan yang sesuai mengikut kehendah dan keperluan individu. Contoh –contoh kemasan bagi jenis lantai ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1

 

b)      Lantai Gantung

Lantai ini dibina di atas papak konkrik pada aras tanah. Pembinaananya dilakukan dengan menggunakan gelegar lantai yang dikosong oleh tembok landas (Rajah 5.2) .Lapisan kemasan lantai dibuat setelah pemasangan papan lantai bawah.

c)       Lantai Tingkat Atas

Lantai ini boleh dibina dengan menggunakan konkrit bertetulang ataupun kayu. Lantai kayu terdiri daripada papan lantai, gelegar lantai yang disokong oleh rasuk dan tembok atau tiang. Rajah 5.3 menunjukkan pembinaan lantai tingkat atas yang dibina dengan kayu.

Gelegar lantai dikukuhkan dengan sistem tupang yang disusun secara padu ataupun berbentuk tulang belut.

LANTAI PADU

Rajah 5.1 Lantai Padu

(sumber : dilukis semula oleh pereka)

lntai gantung

Rajah 5.2 Lantai Gantung

(sumber : dilukis semula oleh pereka)

keratan c-d lantai tingkat atas

Rajah 5.3 Lantai Tingkat Atas

(sumber : dilukis semula oleh pereka)

PELUKIS PELAN SENIBINA

KURSUS / TRADE PELUKIS PELAN SENIBINA
TAHAP / LEVEL 1
DUTI / DUTY 03 – PRODUCE DETAIL DRAWING
TUGAS / TASK 03.01 – DRAW FLOOR CONSTRUCTION
OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE MERANCANG DAN MELUKIS PERINCIAN LANTAI MENGGUNAKAN KERTAS SURUH, PEMBARIS SKALA, PENSIL DAN PEN TEKNIKAL YANG BERSESUAIAN SUPAYA DAPAT MENGHASILKAN SATU LUKISAN TERPERINCI YANG KEMAS DAN TERATUR MENGIKUT KAEDAH YANG BETUL
TAJUK  : MELUKIS PERINCIAN LANTAITUJUAN :  Pelajar – pelajar mesti boleh :

  1. Kenal pasti ukuran, saiz dan jenis lantai
  2. Memahami binaan lantai
  3. Melukis menggunakan ukuran dan sekala yang betul
  4. Penggunaan pen yang betul dan ciri – ciri keselamatan serta kebersihan sewaktu menjalakan tugas

BAHAN :

  1. Pelan terperinci

Lantai

PERALATAN / MESIN :

  1. Pensil
  2. Pen teknikal
  3. Kertas surih
  4. Pembaris skala

ARAHAN

LANGKAH – LANGKAH

Melukis lukisan terperinci Kenal pasti lukisan yang hendak dilukis dahuluPelan, tampak, keratan, butiran terperinci- Mengikut ukuran yang diberikan lukis pelan yang diberikan-Gunakan garisan halus untuk melukis objek pelan lukisan tersebut-Lukiskan dimansi pada pelan tersebut-Tuliskan spesifikasi pada setiap pelan tersebut

-Gunakan garisan dan ketebalan garisan yang sebenar untuk melengkapkan pelan yang diberikan

Arahan :

  1. Patuhi  langkah – langkah keselamatan yang telah ditetapkan.
  2. Sentiasa mengikut arahan yang diberi dari masa ke semasa.
  3. Segala masalah sila rujuk pada pengajar anda.

PLAN

( lampiran )

SOALAN :

  1. Apakah kegunaan pembaris skala?
  2. Maksud lantai adalah?

JAWAPAN :

  1. Untuk mengukur lakaran sebenar, mengetahui ukuran membesarkan dan  mengecilkan lukisan dari keadaan sebenar
  2. Permukaan dasar yang rata bagi sesebuah bangunan yang boleh menerima segala jenis aktiviti penghuni dan beban yang lain.

SKIM PENILAIAN PRESTASI

PELATIH – PELATIH MESTI BOLEH :

BIL

Perkara – perkara yang dinilai

Trampil

Belum Trampil

1

Ukuran skala lantai

2

Ukuran skala lantai

3

Kelengkapan binaan lukisan lantai

4

Lukisan plan

5

Lukisan tampak

6

Lukisan keratan

7

Lukisan perincian

8

Penggunaan pen teknikal

9

Kekemasan

10

Kebersihan, cermat