LANTAI

5.1 Lantai

5.1 LANTAI

Pembinaan lantai biasanya dibuat berdasarkan salah satu daripada tiga kategori iaitu lantai padu, lantai gantung dan lantai tingkat atas

a)      Lantai Padu

Lantai ini dibina pada aras tanah dengan menggunakan konkrit. Lapisan asas terletak di atas tanah yang telah diratakan dan dimampatkan, diikuti dengan lapisan pasir dan akhirnya dengan lapisan konkrit yang terdiri daripada bancuhan 1:2:4 atau 1:3:6

Permukaan lantai ini dikemaskan dengan lapisan kemasan yang terdiri daripada bahan-bahan yang sesuai mengikut kehendah dan keperluan individu. Contoh –contoh kemasan bagi jenis lantai ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1

 

b)      Lantai Gantung

Lantai ini dibina di atas papak konkrik pada aras tanah. Pembinaananya dilakukan dengan menggunakan gelegar lantai yang dikosong oleh tembok landas (Rajah 5.2) .Lapisan kemasan lantai dibuat setelah pemasangan papan lantai bawah.

c)       Lantai Tingkat Atas

Lantai ini boleh dibina dengan menggunakan konkrit bertetulang ataupun kayu. Lantai kayu terdiri daripada papan lantai, gelegar lantai yang disokong oleh rasuk dan tembok atau tiang. Rajah 5.3 menunjukkan pembinaan lantai tingkat atas yang dibina dengan kayu.

Gelegar lantai dikukuhkan dengan sistem tupang yang disusun secara padu ataupun berbentuk tulang belut.

LANTAI PADU

Rajah 5.1 Lantai Padu

(sumber : dilukis semula oleh pereka)

lntai gantung

Rajah 5.2 Lantai Gantung

(sumber : dilukis semula oleh pereka)

keratan c-d lantai tingkat atas

Rajah 5.3 Lantai Tingkat Atas

(sumber : dilukis semula oleh pereka)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s