LANTAI KAYU TINGKAT ATAS

13.5  Lantai Kayu Tingkat Atas

Bahagian-bahagian lantai kayu tingkat atas adalah seperti berikut;

13.5.1  Gelegar Lantai

Gelegar ini terdiri daripada kayu 50 mm x 125 mm. Dalamnya gelegar bergantung pada jarak rentang lantai. Ia berfungsi menyokong papan lantai.

Jarak rentang maksimum Saiz gelegar@ 400 mm tetengah
1.2 m 50 mm x 75 mm
1.5 m 50 mm x 100 mm
1.8 m 50 mm x 112 mm
2.1 m 50 mm x 125 mm
2.4 m 50 mm x 150 mm
2.7 m 50 mm x 175 mm
3.0 m 50 mm x 175 mm
3.3 m 50 mm x 200 mm
3.6 m 50 mm x 155 mm
3.9 m 50 mm x 225 mm
4.2 m 62 mm x 225 mm atau 50 mm x 275 mm
4.5 m 75 mm x 225 mm atau 50 mm x 275 mm
4.8 m 50 mm x 275 mm
5.1 m 62 mm x 275 mm
5.4 m 75 mm x 275 mm

Jadual 13.1 Gelegar lantai

13.5.2  Gelegar Lintang

Saiz kayu gelegar lintang adalah sama dengan saiz kayu gelegar lantai yang dipasangkan selari dengan tembok yang menyokong gelegar lantai dan tersangkut kepada gelegar sangkut. Gelegar lintang ini digunakan apabila sesuatu bukaan seperti tangga, cerobong dan sebagainyha diperlukan dalam lantai.

13.5.3  Gelegar Sangkut

Gelegar tambahan yang digunakan untuk menyangkut gelegar lintang.

13.5.4  Gelegar Sambut

Gelegar pendek yang dipasangkan di antara gelegar lintang dengan galang atau tembok dalam.

13.5.5  Papan Lantai

Papan yang dipasangkan di atas gelegar lantai.

13.5.6  Kambi

Beroti yang dipasangkan disisi tembok di atas papan lantai berfungsi menutup dan mengemas hujung papan lantai.

13.5.7  Tutup Tiang

Batang kayu (saiz biasanya ialah 100 mm x 75 mm) yang dipasangkan di atas tembok ataupun disangkut pada tembok untuk menyokong segala gelegar lantai.

13.5.8  Topang Tulang Belut

Pemasangan kayu secara tulang belut di antara dua gelegar dengan tujuan mengukuhkan gelegar-gelegar lantai.

13.5.9  Topang Pejal

Pemasangan kayu secara lurus antara gelegar bertujuan mengukuhkan gelegar-gelegar lantai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s