PEMBINAAN LANTAI KAYU TINGKAT ATAS

13.6  Pembinaan Lantai Kayu Tingkat Atas

Dalam pembinaan lantai kayu, gelegar lantai hendaklah disusun merentang jarak yang rapat di antara tembok luar dengan tembok dalam seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 13.7. Gelegar kayu sehingga 4.2 meter boleh digunakan secara ekonomikal. Apabila Jarak rentang yang melebihi 4.2 meter pembinaannya adalah lebih murah jika menggunakan galang keluli atau rasuk konkrit bertetulang. Jarak di antara gelegar lantai berbeza-beza biasanya dari 375 mm hingga 450 mm, ukuran diambil dai tetengahnya.

pelan gelegar

Rajah 13.7 Pelan susunan gelegar (klik gambar untuk gambaran imej yang lebih jelas)

Gelegar lantai disokong oleh tutup tiang yang ditempatkan di atas tiang, tembok, sesangga (Korbel) ataupun penyangkut gelegar seperti yang ditunjukkan di bawah.

pandangan hadapanPandangan hadapan & keratan (klik gambar untuk gambaran imej yang lebih jelas)

gelegar disokong tembok

Gelegar disokong oleh tembok secara langsung (klik gambar untuk gambaran imej yang lebih jelas)

gelegar disokong tutup tiang n tembok

Gelegar yang disokong oleh tutup tiang yang disangga oleh pendakap

gelegar disokong pendakap

 gelegar disokong oleh pendakap (klik gambar untuk gambaran imej yang lebih jelas)

gelegar dibina dlm tembokGelegar dibina ke dalam tembok dan disokong oleh tutup tiang

Untuk mengukuhkan gelegar lantai ini, kayu tupang perlu dipasangkan di antara gelegar dengan cara melintang berbentuk tulang belut ataupun secara pejal (Rajah 13.9).

topang pejal

topang pejal

topang tulang belutTopang tulang belut

penggunaan topang gelegar

Penggunaan topang gelegar

Rajah 13.9 Jenis Topang Gelegar

Apabila membina tangga, cerobong dan sebagainya perlu diadakan beberapa gelegar tambahan. Gelegar lintang biasanya dipasangkan berkembang dan disangkutkan pada gelegar sangkut menggunakan tanggam putting dan gading (tusk tenon joint).

Gelegar sangkut merupakan gelegar lantai tambahan khas untuk menyangkut gelegar lintang. Saiz kayu gelegar sangkut adalah sama dengan saiz gelegar lantai (Rajah 13.10).

susun gelegar

Rajah 13.10 Susun Gelegar pada pembukaan lantai tingkat atas (kayu)

Satu hujung gelegar sambut dipasangkan pada gelegar lintang dengan salah satu tanggam berikut: tanggam bajang berparit, tanggam berparit litup, atau tanggam berparit serong (Rajah 13.11). Hujung yang lain disokong oleh tutup tiang.

tanggam2

Tanggam berparit lituptanggam1

Tanggam bajang berparittanggam

Tanggam berparit serong

kaedah menyambut gelegar sambut

Rajah 13.11 Kaedah menyambut gelegar sambut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s