LANTAI BAWAH PADU

13.2   LANTAI BAWAH PADU

Lantai yang dibina atas tanah biasanya terdiri daripada lapisan asas, lapisan pasir, lapisan konkrit dan lapisan kemasan.

13.2.1 Lapisan Asas

Terdiri daripada batu kelikir, bata-bata pecah yang dimampatkan. Lapisan asas ini berfungsi mengurangkan kenaikan air yang akan melembapkan lapisan tapak konkrit di samping menaikkan aras lantai untuk menerima tapak konkrit. Tebal lapisan asas berubah daripada 100 mm hingga 300 mm. Bahan-bahan yang digunakan sebaik-baiknya bersih daripada sampah sarap dan tidak mengandungi tanah supaya kenaikan air melalui tindakan rerambut dapat dicegah.

13.2.2  Lapisan Pasir

Lapisan pasir ditaburkan di atas lapisan asas supaya mendapatkan permukaan yang rata dan mampat untuk menerima lapisan konkrit.

13.2.3  Lapisan Tapak Konkrit

Tapak konkrit terdiri daripada bancuhan konkrit 1:3:6 atau 1:2:4 ditempatkan di atas lapisan pasir. Lapisan konkrit ini merupakan dasar lantai bawah padu untuk menerima    sebarang kemasan yang akan dibuat pada permukaannya. Tebal konkrit ini biasanya dari 100 mm hingga 150 mm bergantung kepada jenis tanah dan beban yang akan ditanggung. Tetulang daripada besi jejaring atau bar keluli boleh digabungkan dalam pembinaan lantai konkrit ini jika keadaan memerlukannya.

13.2.4  Lapisan Kalis Lembab

Lapisan ini berfungsi mencegah kenaikan air ke atas permukaan lantai. Biasanya   lapisan in disertakan dalam lapisan tapak konkrit. Lapisan tapak konkrit setebal 75mm sebagai lapisan pertama. Setelah lapisan ini betul-betul kering, minyak bitumen atau tar yang telah dimasak dicurahkan ke atasnya sebagai lapisan kalis lembap. Tunggu sampai lapisan bitumen ini mengeras, barulah dicurahkan lapisan konkrit kedua setebal 75 mm seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 13.1

keratan lantai konkrit bawah padu

Rajah 13.1: Keratan lantai konkrit bawah padu

13.2.5  Sambungan Pengembangan

Ia adalah salah satu kaedah untuk mencegah keretakan berlaku pada permukaan lantai yang disebabkan perkembangan akibat perubahan cuaca. Cara mengadakan sambungan ini boleh dibuat dengan membina lantai secara berpetak-petak meninggalkan sambungan setebal 12 mm diisikan dengan mastic atau getah. Kadang-kala kepingan kayu, logam atau plastik juga digunakan untuk membuat sambungan ini. Jarak di antara sambungan ini di antara 4.5 m hingga 7.5 m.(Rajah 13.2)

sambungan pengembangan

Rajah 13.2 Sambungan Perkembangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s