CARA MEMASANG PAPAN LANTAI

13.7  Cara Memasang Papan Lantai

Papan lantai terdiri daripada jalur kayu, papan lapis ataupun papan serpihan dipasangkan di atas gelegar dengan paku. Pemasangan papan lantai jalur hendaklah dilakukan dengan rapat sebelum dipaku pada gelegar lantai. Kaedah untuk merapatkan papan-papan jalur yang berkesan ialah dengan menggunakan pengapit lantai, Rajah 13.12 (a). Papan jalur yang pertama dipaku pada gelegar lantai secara melintang berdekatan dengan muka tembok. Beberapa keeping papan jalur disusunkan di atas gelegar selari dengan keeping yang pertama. Dua buah pengapit lantai ditempatkan pada gelegar lebih kurang 600 mm dari hujung papan. Satu keeping kayu buangan dilapikkan di antara pengapit dengan tepi papan jalur untuk mengelakkan kerosakan berlaku pada tepi papan lantai akibat mengapit. Pengapit tersebut kemudian dipasakkan dan diputarkan sehingga semua papan jalur berkeadaan rapat. Papan-papan jalur itu dipaku pada gelegar dengan paku kepala bulat sepanjang dua setengah kali tebal papan jalur sebelum pengapit dilepaskan. Kaedah ini dilanjutkan bagi papan jalur yang seterusnya.

pengapit02Rajah 13.12 (a)

cara bina lantai1Rajah 13.12 (b) Pemasangan papan lantai dengan baji

Sumber : dilukis semula oleh pereka

Apabila pengapit lantai tidak ada, papan jalur boleh diapitkan dengan menggunakan baji seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 13.12 (b).

Pemasangan bagi beberapa keeping papan lantai yang akhir sekali berdekatan dengan tembok menimbulkan masalah kerana tiada ruang untuk mengapit secara biasa. Kaedah untuk mengatasi masalah ini ialah menyusunkan papan-papan jalur seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 13.12 (c) dan diratakan dengan menekan sekeping papan yang diletak melintangi papan-papan jalur.

cara bina lantai2

Rajah 13.12 (c) Pemasangan papan lantai yang akhir

Sumber : dilukis semula oleh pereka

Papan-papan lantai hendaklah dipaku pada tiap-tiap gelegar  sama ada secara tegak ataupun secara serong. Apabila memaku secara tegak, setiap keeping papan hendaklah dipaku dengan dua batang paku pada tiap-tiap gelegar yang dilintangi. Paku ini hendaklah dipakukan lebih kurang 25 mm dari sisi papan dan kepala paku ini dibenamkan dengan pembenam dan tukul besi. Bagi papan jalur yang bertanggam lidah dan lurah, pemasangannya kadang kala dilakukan dengan mamaku seorang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 13.13 (a) untuk menghasilkan kemasan yang lebih elok.

cara bina lantai3

Rajah 13.13 (a) Cara memaku papan jalur yang bertanggam lidah dan lurah

Sumber : dilukis semula oleh pereka

cara bina lantai4

Rajah 13.13 (b) Cara memaku papan jalur yang bertanggam temu

Sumber : dilukis semula oleh pereka

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s