JENIS KEMASAN LANTAI

13.3  Jenis Kemasan Lantai

Berdasar kepada ciri-ciri yang dikehendaki, banyak jenis kemasan lantai boleh digunakan dalam pembinaan tempatan, antaranya ialah:

13.3.1  Lepa Simen

Kemasan lepa simen Portland biasa ataupun simen berwarna pada dasar konkrit merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan perusahaan dan rumah-rumah kediaman kos rendah. Jenis kemasan ini boleh dibuat secara “monolithic” iaitu dibuat sekaligus semasa lapisan konkrit ditempatkan ataupun sebagai lapisan kemasan yang berasingan. Permukaannya dilicinkan dengan menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras.

Concrete-floor-interior-design-inspiration

Contoh kemasan lepaan simen

concrete_floor

Contoh kemasan lepaan simen

13.3.2  Jalur Kayu

Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang ditanam di dalam lapisan konkrit ataupun pada gelegar lantai kayu. Papan jalur hendaklah bertanggam lidah dan lurah ataupun bertanggam lekap.

Seboleh-bolehnya lebar papn jalur mestilah tidak melebihi 100 mm kerana papan yang lebih lebar akan mengecut berlebihan dalam proses pengeringannya. Papan jalur selebar 75 mm lazim dibekalkan dalam pasaran tempatan. Lantai jalur kayu boleh dikemaskan dengan sampan atau lekar. Jenis kayu keras seperti kayu jati, cengal dan kempas menghasilkan lantai kayu yang bermutu tinggi. Rajah 13.3 menunjukkan pembinaan lantai jalur kayu.

13.3.3  Parket

Kemasan parket dibuat dengan kepingan kayu beroti disusunkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 13.4. Kayu ini dilekatkan pada kertas selebar 300 mm x 300 mm supaya senang dilekatkan kepada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu. Permukaan parket perlu diasah dengan mesin canai sehingga rata dan licin. Permukaan parket yang licin dan bersih boleh dikemaskan dengan sampan, lekar atau lilin. Jenis kayu yang biasa digunakan untuk membuat lantai parket ialah kayu jati dan kempas.

05.09.parquet

13.3.4  Jubin

Bnayak jenis jubin boleh didapati daripada pasaran tempatan untuk berbagai-bagai kegunaan. Jubin-jubin ini diperbuat daripada tanah liat, pasir dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ia adalah keras dan kalis air serta mempunyai sifat-sifat yang tertentu untuk kegunaan khas, contohnya ialah jubin rintangan gelincir, jubin tahan lasak dan sebagainya. Jubin ini dihasilkan dalam beberapa saiz dan warna secara homogeny ataupun bergris pada permukaannya sahaja.

Saiz jubin yang dihasilkan ialah 110 mm x 110 mm, 150 mm x 150 mm, 200 mm x 200 mm, 200 mm x 100 mm, 200 mm x 300 mm, 300 mm x 300 mm. Pembinaan jubin ini dilakukan pada dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen (bancuhan simen dan air sahaja). Di celah-celah sambungan di antara jubin-jubin ini diisikan dengan simen putih atau dimen berwarna.

lantai-jubin-i10

contoh kemasan lantai : jubin

13.3.5  Batu Marmar

Kepingan batu marmar yang berupa papak sekata ataupunpapak tak sebentuk dilekatkan di dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen. Permukaan lantai perlu diasah dengan mesin canai menggunakan batu asah gred kasar (No 24) keg red halus (No 350) sehingga rata dan licin, kemudian dikemaskan dengan lilin.

flooring1

contoh kemasan lantai : marmar

13.3.6  Mozek

Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ia merupakan kepingan jubin kecil disusun dengan berbagai-bagai rekabentuk. Mozek biasanya dilekatkan pada kertas dengan saiz sebesar 300 mm x 300 mm. Pembinaannya dilakukan dengan menggunakan adunan simen untuk melekatkan mozek di dasar konkrit. Di celah-celah sambungan di antara mozek-mozek ini diisikan dengan bancuhan simen dan pasir halus

Kitchen-Backsplash-Tile-Mozaic-Design

contoh kemasan lantai : mozek

Monadnock_Mosaic_Tile_2010

contoh kemasan lantai : mozek

13.3.7  Terazo

Terazo diperbuat daripada serpihan batu marmar yang kecil, dibancuh dengan simen dan mukanya diasah sehingga licin dan berkilat. Terazo digunakan sebagai kemasan lantai ataupun tembok. Lantai terazo boleh dibuat dengan cara “tuang-di-tempat” ataupun “tuang-dahulu”. Dalam pembinaan lantai terazo, nisbah bancuhan batu-batu marmar dan simen adalah bergantung kepada saiz batu marmar:

Saiz batu marmar sehingga 10 mm – bancuhan 1:2,

Saiz batu marmar sehingga 12 mm – bancuhan 1:3.

Bancuhan air tidak melebihi 25 liter bagi satu beg simen untuk menentukan nisbah air-simen dalam linkungan 0.50, dan penurunannya 25 mm. Seperti bancuhan konkrit yang lain, bancuhan terazo ini hendaklah digunakan dalam jangka masa setengah jam selepas air dibancuhkan.

Selepas terazo ditempatkan dan dikemaskan dengan pemaras keluli, pengawetan hendaklah dilakukan sebaik sahaja terazo mengeras. Pencanaian boleh dilakukan 36 jam selepas lantai itu dibuat. Bermula dengan batu asah gred kasar (No 24) lantai itu dicanai pula dengan mesin canai sehingga rata dan kelihatan bentuk asal batu marmar pada keseluruhan permukaannya. Lantai tersebut dibersihkan dan lubang-lubang halus ditampal dengan turapan simen yang sama warnanya. Pencanaian  kali kedua dengan menggunakan batu asah gred No 120/150 dilakukan selepas diawetkan selama 5-7 hari. Sekali lagi, lantai dibersihkan, ditampal lubang-lubang halus dan diawet selama 2-3 hari. Akhirnya lantai digosok dengan batu halus (gred No 350) bersama asid oksalik dan air sehingga bersih dan berkilat seperti Rajah 13.5 (b).

Lantai terazo digunakan untuk bilik tamu, bilik tidur, bilik pejabat dan sebagainya, tetapi kurang sesuai untuk bilik air, dapur, dan tempat-tempat yang lembap, sebab muka terazo menjadi gelincir jika terkena air dan mudah diserang asid atau alkali.

a_0907_terrazzo3

contoh kemasan lantai : terazo

Selain lantai-lantai tersebut, kemasan-kemasan lantai yang lain seperti tikar getah, (linoneum), genting vinil, karpet dan permaidani juga digunakan untuk lantai bilik tidur, bilik pejabat dan sebagainya. Selain itu dengan perkembangan teknologi, terdapat beberapa penerokaan bahan untuk diguna sebagai kemasan lantai seperti kaca, syiling dan lain-lain.

Swatches_of_berber_carpet

contoh kemasan lantai : karpet

pennies2

contoh kemasan lantai unik : syiling

pennies

contoh kemasan lantai unik : syiling

Unique-Glass-Floor-Tile-For-Modern-Interior-Design

contoh kemasan lantai unik : lantai kaca

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s